Thursday, February 3, 2011

DIARI PULAU PAPAN


3 Januari 2011- Khamis

Jam 5.53 pagi bertolak ke Pulau Papan buat kali pertama dengan teksi air Sri Ganti melalui Jeti Teksi air/Bot Penambang. Lokasi Jeti bersebelahan dengan Siswazah Corner. Jam 8.08 pagi berjaya sampai dengan selamat di Jeti Pulau Papan. Pemandangan pertama yang dirakam dari pulau ini dari arah jeti ialah Rumah Api paling lama di Labuan iaitu sejak 1895 dan dinaik taraf pada 1902.

Pulau Papan merupakan satu- satunya pulau di Labuan yang menawarkan tempat penginapan(chalet) dilengkapi dengan surau, tempat berwuduk, kawasan perkemahan, ruang 'Barbaque', perigi, air bersih (paip), dewan serbaguna dan bilik mesyuarat/seminar.

Pulau seluas 26 ekar ini begitu mengamit hati. Ruang berjalan kaki yang dilatari oleh hutan semulajadi serta udara yang segar boleh menjadi penawar hati yang lara serta fikiran yang kusut.  Keadaan ini sesuai dengan kedudukannya sebagai Taman Mini Pertanian yang diwujudkan sejak 1994. Pantainya juga cantik dan tenang. Semasa berada di sini saya sempat mengemaskini blog dan melihat e-mail. Talian telefon juga baik, malah menurut kakitangan yang bertugas di sini talian Berunai turut ada. Tidak hairanlah pulau ini menjadi tumpuan dari pelbagai negeri dan negara walaupun restoran tiada di sini dan terpaksa membawa makanan sendiri.

4 Januari 2011- Jumaat

Walaupun pulau ini pernah menjadi kem tahanan semasa perang oleh pihak Jepun ianya tidak mengerunkan seperti yang sering diperkatakan orang tentang lokasi yang pernah menjadi lokasi perang atau pusat tahanan. Saya tidur dengan nenyak walaupun hanya satu malam berada di sini dan bercadang untuk datang lagi.. Insyallah.

Pulau Labuan pulau mutiara,
pulau terkenal serata negeri,
Pulau Papan aman selesa,
Pantainya indah mengamit hati.



Perjalanan ke Pulau Papan

Perjalanan ke Pulau Papan

Pulau Papan

Jeti Pulau Papan

Posing pertama di Pulau Papan

Rumah Api dari arah Jeti

Bandar Labuan kelihatan dari Pulau Papan


Setiap penginap perlu mendaftar terlebih dahulu

Chalet

Surau

Perigi

Generator- beroperasi selama 8 jam sahaja bermula jam 6.00 petang

Dewan serbaguna

Tapak perkemahan

Ruang BBQ

Kemudahan berkayak



Bilik Tidur - pilihan 1

Bilik Tidur - pilihan 2

Bilik Tidur - pilihan 3

Ruang tamu

Ruang dapur

Sekitar Pulau Papan

Susunan  pokok yang menarik

Laluan berjalan kaki meneroka pulau

Pondok berehat

Kawasan hutan yang boleh diteroka

Laluan berjalan kaki

Pantai yang damai

Pantai semasa air cetek

Jeti tumpuan para pemancing
Kapal- kapal berlabuh di luar Labuan

Buah kelapa boleh dapat dengan bayaran RM2.00 sebiji

Bersama para pemancing yang gemar singgah di pulau ini

Mengemaskini blog peribadi


p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

No comments: