Thursday, February 3, 2011

DIARI PULAU PAPAN


3 Januari 2011- Khamis

Jam 5.53 pagi bertolak ke Pulau Papan buat kali pertama dengan teksi air Sri Ganti melalui Jeti Teksi air/Bot Penambang. Lokasi Jeti bersebelahan dengan Siswazah Corner. Jam 8.08 pagi berjaya sampai dengan selamat di Jeti Pulau Papan. Pemandangan pertama yang dirakam dari pulau ini dari arah jeti ialah Rumah Api paling lama di Labuan iaitu sejak 1895 dan dinaik taraf pada 1902.

Pulau Papan merupakan satu- satunya pulau di Labuan yang menawarkan tempat penginapan(chalet) dilengkapi dengan surau, tempat berwuduk, kawasan perkemahan, ruang 'Barbaque', perigi, air bersih (paip), dewan serbaguna dan bilik mesyuarat/seminar.

Pulau seluas 26 ekar ini begitu mengamit hati. Ruang berjalan kaki yang dilatari oleh hutan semulajadi serta udara yang segar boleh menjadi penawar hati yang lara serta fikiran yang kusut.  Keadaan ini sesuai dengan kedudukannya sebagai Taman Mini Pertanian yang diwujudkan sejak 1994. Pantainya juga cantik dan tenang. Semasa berada di sini saya sempat mengemaskini blog dan melihat e-mail. Talian telefon juga baik, malah menurut kakitangan yang bertugas di sini talian Berunai turut ada. Tidak hairanlah pulau ini menjadi tumpuan dari pelbagai negeri dan negara walaupun restoran tiada di sini dan terpaksa membawa makanan sendiri.

4 Januari 2011- Jumaat

Walaupun pulau ini pernah menjadi kem tahanan semasa perang oleh pihak Jepun ianya tidak mengerunkan seperti yang sering diperkatakan orang tentang lokasi yang pernah menjadi lokasi perang atau pusat tahanan. Saya tidur dengan nenyak walaupun hanya satu malam berada di sini dan bercadang untuk datang lagi.. Insyallah.

Pulau Labuan pulau mutiara,
pulau terkenal serata negeri,
Pulau Papan aman selesa,
Pantainya indah mengamit hati.



Perjalanan ke Pulau Papan

Perjalanan ke Pulau Papan

Pulau Papan

Jeti Pulau Papan

Posing pertama di Pulau Papan

Rumah Api dari arah Jeti

Bandar Labuan kelihatan dari Pulau Papan


Setiap penginap perlu mendaftar terlebih dahulu

Chalet

Surau

Perigi

Generator- beroperasi selama 8 jam sahaja bermula jam 6.00 petang

Dewan serbaguna

Tapak perkemahan

Ruang BBQ

Kemudahan berkayak



Bilik Tidur - pilihan 1

Bilik Tidur - pilihan 2

Bilik Tidur - pilihan 3

Ruang tamu

Ruang dapur

Sekitar Pulau Papan

Susunan  pokok yang menarik

Laluan berjalan kaki meneroka pulau

Pondok berehat

Kawasan hutan yang boleh diteroka

Laluan berjalan kaki

Pantai yang damai

Pantai semasa air cetek

Jeti tumpuan para pemancing
Kapal- kapal berlabuh di luar Labuan

Buah kelapa boleh dapat dengan bayaran RM2.00 sebiji

Bersama para pemancing yang gemar singgah di pulau ini

Mengemaskini blog peribadi


p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

UTARA SELATAN BUKAN ALASAN


 17 Januari 2011

Petang lebih kurang jam 6.30 petang bersama rakan sejawatan kak Kamsi (Kamsi@Kamsiah Adil) menyambut rombongan dari Kolej Matrikulasi Kedah. Lebih kurang 14 orang semuanya termasuk 5 pengiring. Pengiring menginap di rumah tamu dan pelajar di asrama .Malamnya mereka dibawa makan malam di Restoran Sea Food Terumbu Warisan. 

18 Januari 2011

Selepas sarapan sesi bermula dengan majlis ucapan aluan oleh KJPP wakil pihak pengurusan dan taklimat berkenaan kolej. Selepas itu rombongan dibawa melawat sekitar Labuan ( Pusat Informasi Chimney, Taman Burung, Muzium Marin dan Ujiana Kewangan untuk membeli belah). Lawatan singkat ini bukan alasan pihak rombongan KMK nak meluangkan masa singgah di KML. Tahniahlah kinah & The Team, para pengiring dan pelajar terlibat. Utara selatan bukan lagi alasan nak mengembara melihat negeri orang.

Sarapan Nasik Lemak

Bersama para Pemgiring KMK di Pusat Penerangan Chimney

Aksi pelajar di Muzium Marin

p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KML SMKTPB 2010

2 November 2010

Paginya KML menjadi tumpuan lebih kurang 50 orang pelajar Sekolah Menengah Taman Perumahan Bedaun Labuan (SMKTPB) diiringi 5 orang guru (2 kaunselor, 3 guru). Sebenarnya En. Masah yang diminta untuk mengendalikan sesi untuk mereka tetapi beliau meminta saya 'take over' tapi semuanya dah diurus olehnya. saya cuma kena layan, bagi slot tentang KML dan program matrikulasi dan memastikan semua yang diuruskan maklum tentang kehadiran mereka. Pihak sumber KML  pula sentiasa bermurah hati membantu dari segi brouser kolej dan cenderahati pelajar iaitu penanda buku pusat sumber. Lebih kurang jam 11.00 pagi semuanya selesai.

Pelajar tekun mendengar taklimat program matrikulasi

memberi taklimat

Cenderahati

Guru Pengiring SMKTPB

Lawatan pelajar ke Pusat Sumber

Sesi jamuan

p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

3 DALAM 1

5 Disember 2010

Seawal jam 8.00 pagi memenuhi jemptan jiran satu blok. Kak Ani jemput bersarapan di rumahnya Tingkat 7 1.1 Blok 11A. Ramai juga yang datang. Tak tau apa nak bawa bagi buah Honey Dew saja. Rakam gambarpun tak sempat. Sempat juga sembang dengan kakak Su seorang guru yang pernah bertugas di SMK Gunsanad sekolah saya masa tingkatan 6. Berbagai cerita tentang guru semanjung yang masih bertugas di Sabah bermula antaranya Pak Zak (Cikgu Zakaria) dan Ustazah Marziah Che Ok.

Jam 10.30 pagi ke Dewan Kristal ILP untuk membantu LPPKN dalam satu slot bertajuk : Penguguran, rogol dan Pembuangan bayi. Lebih kurang 80 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Labuan menghadiri program LPPKN@KOMUNITI anjuran LPPKN. Tahniah pada pihak LPPKN kerana berjaya menarik pelajar datang  melibatkan diri dalam program mereka terutama pada hari sabtu seperti ini.

Peserta lelaki

peserta perempuan

Sesi pemanasan sebagai intro

Antara peserta yang 'spoting'


Lebih kurang jam 12.00 tengahari pula menghadiri majlis kenduri kawin anak lelaki Ketua Sektor Kaunseling JPN Labuan Tuan Hj. Hamka.

Bersama ibubapa pengantin lelaki

p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.