Thursday, February 3, 2011

DIARI RANAU

 12 November 2010

Perjalanan ke Kem Bina Negara Kundasang Ranau, Sabah (KBN Kundasang) membawa pelajar PDT KML menyertai Program Jati Diri anjuran HEP BMKPM dengan kerjasama KML begitu mencabar. KPP HEP En. Kamalsukri turut mahu merasakan perjalanan normal yang akan dilalui oleh pelajar (naik feri - bas). syukur juga sebab tak pening atau muntah. pelajarpun semuanya ok tak banyak karenah. kali terakhir melawat Ranau ialah semasa bertugas di SMUIT Tambunan iaitu semasa menjadi fasilitator program motivasi di PLDK Kundasang pada 2002. Ranau kini dah banyak berubah.

Petangnya lebih kurang jam 6.12 petang kami sampai di KBN Kundasang yang terletak di atas bukit mengadap Gunung Kinabalu. Indah panorama di kawasan ini menyebabkan banyak jabatan dari negeri lain turut menggunakan lokasi ini sebagai tempat berkursus.

13 November 2010

Pagi selepas bersarapan bersama pihak pengurusan dan pensyarah pengiring yang lain ramai yang mengambil peluang merakam suasana dan tumbuhan menarik di lensa kamera. Bersama dengan 2 pensyarah perempuan KML kami ke Kundasang War Memorial yang merakamkan kisah bersejarah yang pernah terjadi di Ranau semasa Perang Dunia Kedua. Di sini dibina tugu peringatan tentera Australia dan British yang terkorban semasa Perjalanan Maut dari Sandakan ke Ranau yang mengorbankan lebih 2,000 orang. Taman bunga ala Inggeris dan Tropika di dalam kubu ini menjadikannya unik.

14 November 2010

Perjalanan balik bermula. Bas KML mengalami masalah tetapi sempat juga mengejar feri. Bas sewa dari KK ok. Semuanya selamat.... Alhamdulillah....


p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

No comments: