Thursday, February 3, 2011

3 DALAM 1

5 Disember 2010

Seawal jam 8.00 pagi memenuhi jemptan jiran satu blok. Kak Ani jemput bersarapan di rumahnya Tingkat 7 1.1 Blok 11A. Ramai juga yang datang. Tak tau apa nak bawa bagi buah Honey Dew saja. Rakam gambarpun tak sempat. Sempat juga sembang dengan kakak Su seorang guru yang pernah bertugas di SMK Gunsanad sekolah saya masa tingkatan 6. Berbagai cerita tentang guru semanjung yang masih bertugas di Sabah bermula antaranya Pak Zak (Cikgu Zakaria) dan Ustazah Marziah Che Ok.

Jam 10.30 pagi ke Dewan Kristal ILP untuk membantu LPPKN dalam satu slot bertajuk : Penguguran, rogol dan Pembuangan bayi. Lebih kurang 80 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Labuan menghadiri program LPPKN@KOMUNITI anjuran LPPKN. Tahniah pada pihak LPPKN kerana berjaya menarik pelajar datang  melibatkan diri dalam program mereka terutama pada hari sabtu seperti ini.

Peserta lelaki

peserta perempuan

Sesi pemanasan sebagai intro

Antara peserta yang 'spoting'


Lebih kurang jam 12.00 tengahari pula menghadiri majlis kenduri kawin anak lelaki Ketua Sektor Kaunseling JPN Labuan Tuan Hj. Hamka.

Bersama ibubapa pengantin lelaki

p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

No comments: