“Sepanjang kehidupan, saya sering mencari sesuatu yang membolehkan pandangan saya didengar, saya ingin membuat perubahan kepada dunia. Setelah dipilih menjadi angkasawan pertama negara saya sedar banyak perubahan yang mampu saya lakukan.”
"Angkasa lepas merubah persepsi untuk melihat isu global dengan lebih mendalam, lebih-lebih lagi isu seperti pencemaran, persekitaran, peperangan, kematian kanak-kanak, wanita didera dan dalam semua sesi ceramah, beliau cuba mengaitkan dengan isu itu.
“Saya cuba untuk menjadikan bumi ini menjadi tempat terbaik untuk didiami. Ini yang mendorong saya untuk terus maju dalam hidup.
“ Kemerdekaan bukan saja bebas daripada penjajah malah ia lebih kepada kebebasan minda dan adalah penting untuk membebaskan minda dan jiwa, kerana generasi muda perlu mengubah cara berfikir dan membina keyakinan diri.
(Sumber: Berita Harian, 24 Ogos 2010)
p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.
No comments:
Post a Comment