Tuesday, August 24, 2010

Kenangan Merdeka

31 Ogos 1957: Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman, menerima Watikah Perlembagaan daripada Yang Amat Mulia Duke Gloucester, mewakili Ratu England pada majlis pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
31 Ogos 1957: Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan untuk Malaya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, selepas membacakan pengisytiharan itu.

1 September 1957: Bunga api kelihatan pada waktu malam, dihiasi lampu bangunan stesen keretapi ketika Malaya menyambut kemerdekaan daripada pemerintah British. Bunga api itu bernilai AS$20,000, iaitu hadiah daripada komuniti Jepun.

1 September 1957: Pemandangan suasana keindahan upacara perarakan menyambut kemerdekaan Malaya dan majlis penghormatan Yang di-Pertuan Agong, di depan bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Untuk tempoh dua jam, 2,000 anggota tentera Persekutuan Komanwel terdiri daripada lelaki dan wanita serta pertubuhan awam berarak melepasi bangunan sekretariat dan menyembah Yang di-Pertuan Agong. Baginda kemudian memeriksa perbarisan itu. 

31 Ogos 1957 : Bendera Malaya dinaikkan sebagai sebahagian Pengisytiharan Merdeka, yang diadakan di Padang Kelab Selangor.

 (Sumber: Berita Harian -Nostalgia Merdeka NSTP)



p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

No comments: