Thursday, December 23, 2010

D&Z NATURE RESORT DALAM KENANGAN

Lanskap penginapan D&Z

10 Disember 2010
Perjalanan dari KML Labuan ke D&Z untuk menjayakan program permata kasih anjuran LPPKN Labuan dengan kerjasama KMLbukanlah mudah kena naik bas KML - feri - bas KML lagi lepas tu dah sampai jalan kaki pula daki bukit ke D&Z sebab pemandu bas tak berani naik katanya tak pernah 'test' lagi naik bukit ni.Oklah walau apapun sampai juga. Petang tu kena diberi tugas slot 'ice breaking'dan pembahagian kumpulan. Lepas tu aktiviti seterusnya diteruskan pegawai dari LPPKN sampai ke malam. Malamnya nenyak sekali tidur di bilik 109.

Cabaran peserta - mengheret beg ke D&Z Resort


Daftar masuk bilik


Ruang tamu D&Z                                                                                                                                                         


11 Disember 2010

Aktiviti bermula sejak solat subuh. Dengan tugasan yang kena buat iaitu kena bagi kuliah subuh untuk hari ini dan esoknya. Awal lagi dah bangun meneroka sekitar resort, sungai kat sini nampak banjir sebab malam tadi hujan. Lepas sarapan aktiviti untuk peserta pun bermula, terasa pula kepala pening lalu tertidur. peserta ok juga walaupun tak sepat tengok diorang. Petangnya sembang sengan pelajar yang bawa laptop tengok movie 'the forbiden kingdom' walaupun badan terasa berat masuk angin kot, maklumlah kawasan hutan sejuk.

keadaan sungai selepas hujan

Hutan semulajadi latar D&Z

waktu makan

slot oleh LPPKN

Kenangan di atas feri


12 Disember 2010

Selepas satu slot majlis perasmian dan penutupan disempurnakan oleh Pengarah LPPKN Labuan. Dah banyak ambil gambar bersiap pula nak balik kejar feri ke Labuan.

Kawasan penginapan yang tenang  

Bersama peserta kursus
Kembali ke Labuan
Merakam pemandangan matahari terbenam di Labuan

p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

No comments: