Thursday, December 23, 2010

DIARI SEMINAR HAWA

30 Oktober 2010

Awal pagi lagi lepas hantar kak shikin ke rumah kak shima, terus ke Masjid Negeri Masjid An Nur Labuan menghadiri Seminar Hawa anjuran masjid negeri dan JAWI. Tak sangka kat sini jumpa rakan sekerja kolej Suhaini, Nor Azzaliza dan seorang lagi rakan Su dan Azza. pengisiannya berkaitan wanita dalam bentuk ceramah dan forum. Antara penceramahnya ialah Ustazah Nordianah Alwi dan seorang ustaz dari semanjung. Forum sebelah petang tak dapat dihadiri kerana kena jemput adik Marina yang baru tamat pengajian di Airport dan kena pergi rumah kak syima sebab diorang buat makan-makan hujung minggu. Antara kata-kata yang berbekas di hati adalah ' tiada siapa tahu apa yang Allah ingin berikan pada seseorang walaupun pada zahirnya nampak tak baik. Kadang kala dijadikan tak indah pada pandangan mata tetapi kesudahannya adalah kemanisan. Kesimpulannya jangan cepat mengadili sesuatu perkara tanpa mengetahui kebenaran.


peserta KML

Ramai juga kaum Hawa yang datang

Ustazah Hjh. Noordianah Hj. Alwi

Aksi penceramah kaum Adam



p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.

No comments: