Lebih kurang Jam 8.00 malam memenuhi jemputan mengisi slot motivasi bersama kaunselor program yang dianjurkan oleh pensyarah PDT KML bertempat di dewan serbaguna PUSKOWILA. Sebenarnya Kak Syima (Pn. Hashimah Abdul Malek) rakan sejawatan yang dijemput tapi saya dah biasa jadi 'backup'. Terfikir juga apa yang diberi kat budak-budak ni. Diorang remaja, masa nak mula pun dah nampak stress. Rupanya pagi tadi dah letih dengan cabaran berbentuk fizikal. Suasana menjadi meriah dengan mennjadikan rakan seumur mereka untuk membantu dalam slot pemanasan sebagai intro. Syukur juga ingatkan diorang stress dalam slot ni. bagi apapun semuanya siap. Begitulah manusia jika ada dorongan/motivasi apa saja pun boleh jalan. Pihak AJK turut berpuashati dengan perkembangan pelajar yang mulanya keletihan dan bertenaga lagi untuk mengikuti slot seterusnya daripada pihak kokurikulum. Syukur Alhamdulillah selesai juga kerja yang diberikan....
p/s setiap coretan ini hanyalah untuk tatapan umum bukan untuk dikomersialkan.
| Aktiviti Intro |
| Penglibatan pelajar |
| LDK |
| Pembentangan wakil kumpulan |
| Pembentangan berkumpulan |
| Persiapan kumpulan untuk persembahan |
| 'Motivasi efaktif berasal dari dalam...' |
No comments:
Post a Comment